Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Wednesday, August 24, 2011

9 Petua Dari Rasulullah SAW Untuk Mencapai Doa Yang Mustajab









Berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang Fadah perolehi dari blog khaix7 :
1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,


Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Friday, August 19, 2011

Definsi Dan Golongan Darah


Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang dijumpai. Transfusi darah dari golongan yang tidak kompatibel dapat menyebabkan reaksi transfusi imunologis yang berakibat anemia hemolisis, gagal ginjal, syok, dan kematian.
Golongan darah manusia ditentukan berdasarkan jenis antigen dan antibodi yang terkandung dalam darahnya, sebagai berikut:
* Individu dengan golongan darah A memiliki sel darah merah dengan antigen A di permukaan membran selnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen B dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah A-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah A-negatif atau O-negatif.
* Individu dengan golongan darah B memiliki antigen B pada permukaan sel darah merahnya dan menghasilkan antibodi terhadap antigen A dalam serum darahnya. Sehingga, orang dengan golongan darah B-negatif hanya dapat menerima darah dari orang dengan dolongan darah B-negatif atau O-negatif
* Individu dengan golongan darah AB memiliki sel darah merah dengan antigen A dan B serta tidak menghasilkan antibodi terhadap antigen A maupun B. Sehingga, orang dengan golongan darah AB-positif dapat menerima darah dari orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut resipien universal. Namun, orang dengan golongan darah AB-positif tidak dapat mendonorkan darah kecuali pada sesama AB-positif.
* Individu dengan golongan darah O memiliki sel darah tanpa antigen, tapi memproduksi antibodi terhadap antigen A dan B. Sehingga, orang dengan golongan darah O-negatif dapat mendonorkan darahnya kepada orang dengan golongan darah ABO apapun dan disebut donor universal. Namun, orang dengan golongan darah O-negatif hanya dapat menerima darah dari sesama O-negatif.
Secara umum, golongan darah O adalah yang paling umum dijumpai di dunia, meskipun di beberapa negara seperti Swedia dan Norwegia, golongan darah A lebih dominan. Antigen A lebih umum dijumpai dibanding antigen B. Karena golongan darah AB memerlukan keberadaan dua antigen, A dan B, golongan darah ini adalah jenis yang paling jarang dijumpai di dunia.
Ilmuwan Austria, Karl Landsteiner, memperoleh penghargaan Nobel dalam bidang Fisiologi dan Kedokteran pada tahun 1930 untuk jasanya menemukan cara penggolongan darah ABO.






Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkut gas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasi menentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah.
Darah manusia
Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah.
Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan oleh hemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung.
Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein.
Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pinggang untuk disingkirkan sebagai air kencing.
Komposisi
Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:
* sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistem jenis darah.
* Platelet atau thrombokytes (0.6 – 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.
* Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan.
Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-
* albumin
* bahan pembekuan darah
* immunoglobin (antibodi)
* hormon
* pelbagai jenis protein
* pelbagai garam
Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah.
Kesihatan
Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah.
Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage.
hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi “disfungsi” dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan.
Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah.
Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah seperti anemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma.
Darah merupakan cara “vektor” penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virus HIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani “sperma”, atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio “biohazard”.
Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting.
Penghasilan dan penguraian sel darah
Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[1] Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati, sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang.
erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing.
Kepercayaan mengenai darah
Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai simbol pertalian keluarga; “pertalian darah” beerti mempunyai kaitan melalui leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan.
Penganut Kristian percaya bahawa wain Eucharist adalah atau melambangkan darah Yesus Kristus yang ditumpahkan untuk keselamatan (salvation) mereka.
Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan “medieval” salah satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (sanguine).
Darah haiwan bukan manusia
Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolymph) tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagai trakhea membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan.
Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebrata kecil, oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin (biru) mengandungi tembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. “Sea squirt”, antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata “oren”) untuk pewarna pernafasaan.
Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah.
Darah diguna makanan
Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan Sweden. Yahudi dilarang campur keju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat: kosher). Islam haramkan makan darah.

Wednesday, August 17, 2011

Diet Kencing Manis








Bila bercakap soal kencing manis, perkara utama yang ditekankan berulang-ulang semua pakar perubatan ialah menjaga pemakanan. Bukan setakat pengambilan gula, malah semuanya perlu dikurangkan terutama makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula asli termasuklah buah-buahan.

Malah ada pakar pemakanan menyifatkan buah- buahan tempatan adalah ancaman utama kepada pemakanan pesakit kencing manis kerana yang lebih ranum, lebih enak rasanya dan semakin tinggi pula kandungan gulanya.

Pada pesakit kencing manis mengawal paras gula dalam darah supaya berada dalam julat sihat bukanlah mudah. Ia memerlukan disiplin dan kesungguhan. Bukan paras gula saja yang hendak dikawal tetapi perlu juga memberi tumpuan kepada tahap kolesterol dan tekanan darah.

Kebimbangan ini menyebabkan ada sesetengah pesakit menjadi terlalu berhati-hati sehingga timbul masalah kekurangan zat atau mereka terdorong mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Kajian Universiti Toronto yang disiarkan dalam jurnal Penyelidikan Nutrisi mendapati pesakit kencing manis boleh mengalami gangguan ingatan jika mengamalkan pemakanan tidak sihat terutama tinggi kandungan lemak.

Kajian mendapati selepas satu setengah jam memakan makanan banyak lemak, kebolehan pesakit untuk mengingat perkataan merosot berbanding pesakit yang hanya minum air saja. Pada masa sama apabila pesakit diberikan makanan banyak lemak berserta vitamin C (lebih 1,000 miligram) dan vitamin E (800 IU), didapati prestasi ingatan pesakit sama seperti pesakit yang minum air saja.

Ini menunjukkan bahawa kesan kemerosotan ingatan akibat pemakanan kurang sihat dan tidak seimbang boleh diatasi dengan pengambilan makanan antioksidan seperti vitamin C dan E yang banyak terkandung dalam buah- buahan serta sayur-sayuran.

Walaupun pil vitamin boleh memberikan manfaat yang sama tetapi menurut penyelidik kajian berkenaan, Michael Herman Chui, lebih baik jika pesakit dapat mengambil sumber antioksidan segar kerana ia turut mengandungi pelbagai khasiat lain.

Namun apa yang lebih kerap terjadi di kalangan pesakit dan penduduk di negara kita ialah masalah terlebih makan, kata Perunding Endokrinologi, Dr Faridah Ismail. Pengurangan makan (terutama makanan manis) bukan hanya untuk pesakit saja tetapi ia perlu membabitkan seisi keluarga.

Kajian tempatan menunjukkan secara purata rakyat Malaysia mengambil 125 gram gula atau 25 camca teh gula sehari berbanding kadar yang disarankan iaitu hanya 50 gram. Gula ada banyak kalori tetapi tidak mengandungi khasiat. Ia hanya menyumbang kepada masalah kegemukan.

Menurutnya badan kita mendapat tenaga daripada glukos iaitu gula ringkas. Glukos diperolehi melalui penghadaman makanan berkanji (karbohidarat) seperti nasi, pulut, roti, ubi (kentang, keledek dan keladi), mi dan mi hun, pasta, semua gula yang diproses, madu serta buah-buahan.

Malah hati juga menyimpan glukos yang dikeluarkan apabila ada keperluan. Glukos akan menjadi tenaga selepas ia diserap daripada aliran darah. Proses pemindahan glukos daripada darah ke dalam sel ini dilakukan agen pengangkut yang dipanggil insulin.

“Insulin ialah hormon yang dikeluarkan oleh pankreas. Pengeluaran insulin yang paling aktif ialah selepas makan untuk membantu penyerapan glukos ke semua sel dengan berkesan. Kencing manis berlaku dalam dua keadaan iaitu apabila pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dihasilkan tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Keadaan kedua dipanggil rintangan insulin. Keadaan ini mengambil masa yang lama untuk berlaku.

“Badan menjadi kurang sensitif terhadap insulin dan ini menyebabkan pankreas bekerja lebih kuat untuk menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengatasi masalah ini. Namun lama kelamaan pankreas akan menjadi lemah tetapi masih tidak mampu menghilangkan rintangan insulin dan akibatnya paras glukos dalam darah menjadi tinggi,” katanya.

Masalahnya, kencing manis tiada tanda khusus malah tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat awal pembentukannya. Jika ada pun hanyalah kehilangan tenaga dan pesakit terasa cepat penat yang sering disalah anggap gejala ini disebabkan terlalu banyak kerja.

Justeru itulah ramai tidak sedar mereka menghidap kencing manis. Kajian menunjukkan sebaik penyakit dikesan seseorang pesakit sudah menghidap kencing manis sekurang-kurangnya selama lapan hingga 10 tahun.

Antara tanda lain kencing manis ialah:

# Kerap buang air kecil termasuk pada waktu malam

# Kerap berasa dahaga dan kebanyakan pesakit menginginkan minuman manis

# Susut berat badan

# Cepat penat dan tidak bermaya

# Kerap alami ruam, gatal dan jangkitan kulit

# Rasa gatal di kemaluan dan jangkitan vagina pada wanita

# Tangan dan kaki terasa kebas

# Luka atau kudis lambat sembuh



Televisyen, kencing manis dan di-ab-e-tes

“Terlalu banyak menonton televisyen juga menjadi faktor risiko tambahan yang meningkatkan peluang menjadi obes dan mendapat kencing manis. Tabiat suka menonton televisyen akan membuatkan seseorang menjadi tidak aktif dan lebih buruk jika ia disertakan dengan makan makanan ringan yang boleh menambah berat badan tanpa disedari.

“Membiarkan berat badan terus bertambah seolah-olah kita mengundang kencing manis datang dalam hidup kita. Malah wanita yang mengalami kencing manis ketika hamil juga perlu lebih berhati-hati dan peka menjaga kesihatan kerana kencing manis ini boleh berulang lagi selepas melahirkan anak terutama apabila memasuki umur 40 tahun,” katanya.

Justeru itu, beliau menyarankan semua orang menjalani pemeriksaan paras gula dalam darah. Antara ujian yang boleh dilakukan ialah toleran glukos oral. Untuk menjalani ujian ini kita dikehendaki berpuasa pada waktu malam (selama lapan hingga 12 jam).

Pada waktu pagi kita akan diberi air minuman glukos dan tahap gula dalam darah diukur dua jam selepas itu. Jika tahap gula anda tinggi, maka anda berisiko untuk mendapat kencing manis dan perlu lakukan sesuatu terutama mengubah gaya hidup dan tabiat pemakanan untuk mencegahnya.

Kencing manis adalah penyakit yang sangat mahal untuk dirawat. Pada 2002, Amerika Syarikat membelanjakan kira-kira RM435 bilion untuk rawatan kencing manis dan jumlah ini dijangka meningkat kepada RM633 bilion menjelang 2020. Rawatan untuk obesiti saja melebihi RM330 bilion setahun.

Dr Faridah berkata, pesakit masih boleh makan apa yang diingini tetapi dalam kuantiti yang kecil dengan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Begitu juga sayur-sayuran berkanji seperti kentang, keledek, ubi kayu dan labu, jika sudah makan nasi, jangan lagi makan makanan yang mengandungi kanji termasuklah yang dijadikan kerepek.

Untuk sajian utama, pilih makanan yang mengandungi mil penuh seperti nasi beras perang, roti, pasta atau mi hun diperbuat daripada tepung mil penuh; bersama ikan atau daging tanpa lemak untuk dua hingga tiga kali seminggu.

“Isi separuh pinggan dengan sayur, satu perempat untuk nasi dan bakinya untuk lauk. Cara begini akan mengurangkan tekanan kepada badan yang secara tidak langsung mengurangkan risiko mendapat kencing manis.

“Untuk pencuci mulut, ambillah buah-buahan segar dan kongsi makan bersama keluarga. Elakkan minum jus buah terutama jika makan di restoran kerana ia mungkin ditambah gula. Selain itu paling utama jangan minum minuman segera berpaket seperti kopi atau teh 3-dalam-1 yang banyak kandungan gulanya.

“Elakkan krimer kerana ia dibuat daripada sirap glukos. Jika mahu teh tarik pun boleh tetapi hadkan kepada seminggu sekali. Semua langkah ini secara perlahan-lahan boleh membantu anda menguruskan penyakit dan mengurangkan berat badan. Pengurangan berat badan sebanyak lima hingga 10 peratus boleh menurunkan risiko kencing manis sebanyak 58 peratus,” katanya.

Eksekutif Chef, Rezuan Sulaiman dalam demonstrasi masakan untuk pesakit kencing manis berkata, keluarga dan pesakit perlu bijak mengubah suai resipi bagi menyediakan sajian sihat contohnya menggunakan bahan-bahan berkhasiat seperti yogurt untuk menggantikan santan dan pes kurma bagi pengganti gula.

Sebagai contoh, selain menumis sayur yang menggunakan minyak, dia menyarankan supaya sayur berkenaan dicelur dulu dan sos atau kuahnya dimasak berasingan tanpa menggunakan minyak. Paling penting ialah makan makanan yang dimasak di rumah kerana anda boleh mengawal penggunaan bahan-bahan mengikut keperluan.

Untuk permulaan anda boleh mencuba resipi sihat yang sudah diuji dan diluluskan pakar pemakanan seperti Sup Tauhu Lembut, Rendang Ayam dan Sayur Campur Bersos.



Senaman dan ubat

Perunding Perubatan Rehabiliasi, Dr Tunku Nor Taayah Tunku Zubir, berkata selain penjagaan makanan senaman adalah ubat paling mujarab untuk mengawal penyakit jika dijadikan rutin harian. Bagi pesakit kencing manis senaman boleh meningkatkan sensitiviti badan terhadap insulin.

Peningkatan ini akan membuatkan lebih banyak gula diangkut masuk ke sel dan mengurangkan paras gula dalam darah. Senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan akan memudahkan pengurusan penyakit dan mengembalikan paras gula ke julat normal.

“Semua orang tahu senaman boleh mengurangkan risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, strok, masalah kolesterol, memperbaiki emosi dan kesihatan secara keseluruhan. Semua orang boleh bersenam tetapi untuk pesakit kencing manis, perlu ketahui tahap gula dalam darah terlebih dulu untuk mengelakkan masalah lain seperti pitam jika paras gula terlalu rendah.

“Bagi yang tidak pernah bersenam, mulakan dengan sesi pendek selama 10 minit yang diulang tiga kali dalam satu hari. Apabila sudah biasa, tambahkan masa dan aktiviti untuk meningkatkan stamina. Jika diamalkan berterusan pesakit boleh melihat kesannya.

“Bagaimana hendak mengetahui sama ada senaman anda cukup atau tidak? Caranya ialah melalui ujian bercakap; jika anda boleh bercakap macam biasa bermakna senaman tidak mencukupi sebaliknya sekiranya anda tidak boleh bercakap langsung tandanya anda terlebih bersenam. Senaman mencukupi bila anda terasa penat tetapi masih boleh bercakap,” katanya.

Pesakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit jantung (50 peratus lebih tinggi berbanding bukan pesakit). Justeru itu ada banyak jenis ubat dicipta khusus untuk mengurangkan masalah kesihatan ini termasuklah fenofibrate yang dikatakan berkesan dalam pengurusan tahap lipid (lemak).

Kajian Selaan Fenofibrate dan Mengurangkan Kejadian Dalam Kencing Manis (FIELD ) membuktikan terapi yang merendahkan lipid untuk jangka panjang boleh mengurangkan akibat makrovaskular (salur darah besar) dan mikrovaskular (salur darah halus) pada pesakit.

Walaupun kencing manis boleh menjadi ‘pencetus’ kepada pelbagai masalah kesihatan lain tetapi melalui penjagaan teliti pesakit mampu menjalani kehidupan yang baik. Perkataan diabetes itu sendiri boleh menjadi peringatan kepada kita iaitu:

# Di - diet (pemakanan)

# Ab - Saiz abdomen (perlu kekalkan saiz pinggang kurang daripada 90 sentimeter untuk lelaki dan 80 sentimeter bagi perempuan)

# E - senaman ; sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga kali seminggu

# Tes - Buat ujian paras gula dalam darah secara berkala

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Wednesday, August 10, 2011

Puasa Dan Kesihatan








Dari sudut kesihatan, puasa dapat merehatkan perut dan membetulkan alat penghadam, mengurangkan kegemukan serta menghilangkan lemak di badan yang boleh menjauhkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sebagainya.

Justeru, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: berpuasalah, nescaya kamu akan sihat.
Seluruh pakar perubatan bersetuju menyatakan bahawa kantung perut yang penuh disebabkan banyak makan adalah punca utama kepada bermacam-macam penyakit.
Maka puasalah satu-satunya cara yang dapat memelihara anggota badan daripada semua penyakit kerana melaluinya unsur-unsur racun di dalam makanan dapat dineutralkan setelah berpadu antara satu sama lain.

Seorang pakar dari Barat menyatakan bahawa setiap orang perlu menjalani tempoh berpuasa walaupun tidak dikesan menghadapi sebarang penyakit.
Ini kerana ia dapat membersihkan badan daripada racun-racun yang berkumpul di dalamnya. Dr. Hisyam Ibrahim aI-Khatib menjelaskan bahawa puasa juga memberi peluang kepada organ-organ di dalam tubuh badan untuk memperbetulkan semula sistem penghadaman.

Pengkajian ini diteruskan lagi apabila didapati punca berlakunya penyakit-penyakit adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tidak terkawal atau lebih daripada kadar keperluan badan.
Ini menyebabkan sistem yang bertindak mengawal badan terpaksa bekerja lebih kuat bagi mengimbangi keseluruhan pergerakan badan.
Seterusnya penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, pertambahan lemak dan peningkatan gula dalam darah amat mudah menyerang dan melemahkan kekuatan badan individu tersebut.

Sesungguhnya tiada ubat yang khusus bagi memulihkannya melainkan dengan berpuasa kerana dengannya wujudlah satu sistem yang baru dalam badan yang bertindak mematikan sel-sel lama untuk digantikan dengan sel-sel baru yang lebih baik dan bertenaga.
Pakar perubatan Islam, Dr. Samir Abbas Malik Abdul Aziz dari Arab Saudi melakukan eksperimen terhadap 21 penduduk tentang kesan puasa pada kesuburan lelaki.

Eksperimennya ini membuktikan puasa adalah satu cara yang amat berkesan untuk menghasilkan benih dan pertumbuhan kesuburan sebagaimana berkesannya puasa dalam perkembangan bagi pertumbuhan badan seseorang.
Dari sudut kesuburan seorang wanita pula, puasa juga merupakan satu cara yang dapat mengurangkan kesan hormon broloktin yang menyebabkan kemandulan.

Di samping itu, puasa dapat mengawal tubuh badan untuk mengambil makanan yang diperlukan sahaja, seterusnya melambatkan proses penuaan, membantu proses perkumuhan, menyingkirkan racun di dalam badan dan menambahkan rasa nikmat makanan setelah berjaya menahan diri daripada makan.

Tuesday, August 9, 2011

Petua 8P











1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak
2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????
8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.
Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

Kisah Benar : Berfikir Dengan Bijak Sebelum Bertindak



Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.
Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.

Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.
Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri, hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan agar menunggu sahaja di rumah.
Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk. Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.
Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.
Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.
Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.
Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.
Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.
“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut kecil ini untuk hadiah, duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang besar… Mama selamat ulang tahun”.
KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.
Moral of the story:
- Negative thinking dapat menyebabkan penyesalan seumur hidup.
- Think Positive.Berfikirlah dengan bijak sebelum bertindak, jangan menyesal di kemudian hari.
- Emosi ialah kecepatan lidah bekerja dibandingkan dengan fikiran….
p/s : Kita selalu bertindak mengikut emosi kan… hmm