Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Wednesday, October 31, 2012

Hina Islam Dari Fan FaceBook


Bersyukur kepada Allah kerana telah menganugerahkan nikmat kesihatan dan masih lagi meneruskan kontrak kehidupan kita semua. Selawat dan salam kepada Nabi Junjungan Muhammad saw. Berkat perjuangan Baginda Islam dapat dikecapi oleh semua pihak sehingga sekarang ini. Tetapi malangnya Islam semakin hari semakin dihina oleh musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu mencari jalan untuk menjatuhkan akidah umat Islam sehingga Islam lupus di dunia ini.

Terbaru para musuh Islam menggunakan rangkaian sosial facebook untuk menghina Islam dan direka berbagai gambar yang sangat memalukan dan sangat menghina (Lihat Sini). Saya sendiri tidak sampai hati melihat umat Islam dan rumah Allah (Baitullah) dihina sebegitu rupa. Ini merupakan tempat suci umat Islam yang saban tahun dikunjungi oleh umat Islam untuk menjalankan ibadah umrah dan haji. Ini petanda bahawa umat Islam semakin lemah dan semakin rapuh dimakan usia. Saya yakin ada sebahagian umat Islam yang telah mengorbankan harta, duit, nyawa dan masa mereka untuk menegakkan Islam yang kamil sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah dahulu. Tetapi malangnya mereka tidak mendapat sokongan yang sepatutnya untuk memberi segala bantuan yang sepatutnya dalam perjuangan mereka. Inilah yang dikatakan umat Islam akhir zaman diibaratkan buih di lautan tiada gunanya lagi.

Wahai umat Islam marilah kita bersatu dibawah panji kebenaran untuk menentang musuh-musuh Islam walaupun dengan apacara sekalipun. Inilah yang dinamakan sebagai jihat fisabilillah yang bukan semua umat Islam dapat melaksanakannya, kerana ia memerlukan pengorbanan yang paling besar iaitu jiwa raga. Musuh Islam bukan sahaja orang luar dari agama Islam tetapi ia juga dari kaum munafik yang menjadi duri dalam daging dan sentiasa mengintai dan menggagalkan segala kerja yang dilaksanakan oleh pejuang Islam. Meraka ini berlakon seolahnya memperjuangkan Islam dan hidup didalam amalan Islam yang sempurna kononnya, tetapi pada hakikatnya mereka juga merupakan musuh Islam yang sangat bisa dan bahaya dari musuh Islam diluar sana.

Akhir sekali saya siarkan gambar-gambar penghinaan sebagai tontonan semua akan kekejaman dan kejahatan musuh-musuh Islam terhadap umat Islam yang tidur dan menjadikan facebook itu sebagai tempat membuang masa dan mencari kesenangan dan dosa. Hal ini bukan saya menghalang penggunaan facebook, tetapi gunakanlah kearah kebaikan dan kesejahteraan kita semua.

















You might also like:

Sunday, October 28, 2012

Nama - Nama Malaikat Dan Tugasnya



1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga
Allah S.W.T. berfirman, “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah Timur dan Barat itu suatu kebaikan, akan tetapi sesungguhnya kebaikan itu ialah beriman kepada Allah, Hari Kemudian, malaikat-malaikat, nabi-nabi …” (QS. Al Baqarah : 177)
“Barangsiapa kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan Hari Kemudian, maka orang itu telah sesat sejauh-jauhnya” (QS. An Nisaa’ : 136)
Rasulullah S.A.W. bersabda ketika Jibril bertanya kepada beliau tentang iman,
“Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, Hari Akhir dan beriman kepada takdir baik dan buruk-Nya” (HR. Muslim no. 8, dari Umar bin Khaththab radhiyallaHu ‘anHu)
Dalam hadits shahih yang lain Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan dari apa yang telah diciptakan kepada kalian” (HR. Muslim no. 2996, dari ‘Aisyah radhiyallaHu ‘anHa)