Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Monday, May 16, 2011

Gambaran Alam Mahsyar




1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruhyang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.aw. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinyadisebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.





 waktu itu EMAS..

Wednesday, May 4, 2011

Petua Dapur

RANGUPKAN TIMUN UNTUK ACAR


Kita sering tertanya-tanya bagaimana timun yang dibuat acar rangup dan begitu enak di makan. Ramai yang tidak mengetahuinya bukan? Aplikasikan petua ini dan rasai hasilnya untuk acar anda. Selamat Mencuba. 

Kiriman:
Rosnah Sulaiman
Batu Pahat, Johor 

BAHAN-BAHAN:
Timun dan Air ais

CARA MEMBUAT:
1. Hiris timun nipis.
2. Tuangkan ke dalam air ais. 
3. Biarkan di rendam selama 30 minit.



EKIN MEMANG KAKI MASAK


Siapa tidak kenal dengan bekas pelajar Akademi Fantasia 3, Ekin yang bersuara lantang dan serak-serak basah ini. Malah siapa menyangka gadis kecil molek ini rupanya tidak kekok di dapur. Menurut kata Ekin, memasak menjadi rutin hariannya ketika di rumah.

"Di rumah kalau terasa lapar saya akan turun memasak sendiri, lebih cepat dan mudah jika dibandingkan hendak bersiap-siap makan di luar. Pada saya memasak tidak sukar jika kita benar-benar minat. Antara yang menjadi kegemaran saya tentunya Ayam Masak Lemak Cili Padi, Kari Ayam dan Ayam Sos Tiram. Ini memang selalu saya cuba di rumah. Kerap membaca majalah resipi membuatkan saya berkeinginan untuk mencuba. 
Tidak kurang juga dengan petua yang diajarkan ibu kala memasak. Yang selalu saya praktikkan seperti menggoreng ikan dengan menambah lebih sedikit garam. Ini mengelakkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Membuat telur gebu dan kembang juga pernah saya cuba melalui pembacaan dari majalah dan internet. Seronok juga menerapkan ilmu ini. 

Ekin yang sedang dalam rangka promosi filem sulungnya, Belukar sentiasa mencari ruang untuk memasak makanan kegemarannya jika berkelapangan.

PETUA GEBUKAN TELUR DADAR
BAHAN-BAHAN: 
Telur, Garam dan Air

CARA MEMBUAT:
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk.
2. Masukkan garam.
3. Tuangkan sedikit air dan kacau.



HILANGKAN MINYAK PADA KUALI


Biarpun sudah dibasuh bersih namun kesan minyak masih kerap tertinggal pada permukaan kuali. Apa kata anda mencuba petua ringkas ini untuk memastikan kuali anda bersih. Selain bersih, kuali anda makin berbau harun disimpan. Selamat Mencuba. 
Kiriman:
Marliza Zakaria
Masjid Tanah, Melaka.

BAHAN-BAHAN:
Limau nipis, Air

CARA MEMASAK:
1. Hiriskan limau nipis. 
2. Perahkan pada permukaan kuali dengan rata. 
3. Bilis dengan air yang bersih.



CILI HIASAN LEBIH LEMBUT


Untuk menghias makanan seperti hidangan pengantin dan sebagainya, cili hiasan amat diperlukan. Namun ramai yang tidak tahu untuk menjadikannya lembut dan cantik untuk dihias. Cuba petua ini lihatlah hasilnya. 

Kiriman:
Wan Kamarina Wan Hassan
Kuala Terengganu, Terengganu

BAHAN-BAHAN:
Cili merah, Air, Garam

CARA MEMBUAT:
1. Hiris cili merah membentuk bunga dan hiasan yang dikehendaki.
2. Rendamkan ke dalam air.
3. Masukkan garam.
4. Biarkan di rendam selama 30 minit.



SHERRY WARISI PETUA NENEK DI DAPUR


Menjadi artis dan selebriti bukanlah perkara mudah. Jadual waktu yang berbeza dari tata kerja biasa menghimpit rutin hidup yang juga berbeza saban hari. Atas perbezaan inilah yang menyebabkan ramai selebriti tidak punya masa turun ke dapur biarpun punya kepakaran tersendiri. 

"Bila ada waktu 'free' barulah dapat turun memasak di dapur", kata Sherry Ibrahim, barisan pelakon utama drama Cik Ah Cik Nin, yang pernah disiarkan saluran Astro tidak lama dahulu. 

"Kalau ada masa terluang pastinya saya tidak terlepas memasak spageti bolognis yang menjadi kegemaran saya. Kala berada di dapur biasanya segala petua yang diajar ibu dan nenek akan sentiasa saya praktikkan. Antara yang selalu saya amalkan tentunya membilas ikan dengan air beras dan kemudiannya barulah dibilas dengan air biasa. Cara ini memastikan ikan lebih bersih dan tidak berbau hanyir. Seronok juga apabila dapat mengaplikasikan semua ini", ujarnya ringkas. 

Sherry yang bakal menemui peminatnya dengan drama bersiri Capalrela bersama Zizan dan Johan di saluran Astro Warna ini rupanya sangat prihatin tentang pemakanan. Bukan hanya petua malah pemilihan makanan juga penting untuk tubuh setiap hari.

PETUA HILANGKAN LEMAK AYAM
Lemak ayam memang sukar dihilangkan biarkan pun di bilas berkali-kali. Petua mudah menggunakan bahan dapur sememangnya amat menepati konsep mudah dan pantas menghilangkan kesan lemak ini. Selamat mencuba. 

BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum, Ayam

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung ke dalam ayam.
2. Gaulkan rata.
3. Biarkan dan perap selama 30 minit.



TANGGALKAN LEMAK DAGING PADA TANGAN


Ketika proses mencuci daging, tangan kita akan terkesan dengan sisa-sisa minyak pada daging. Selain membasuhnya bersih, ada cara yang lebih mudah dan berkesan untuk anda tanggalkan kesan minyak ini. Ikuti petua ini. 

Kiriman: 
Mah Rohaileni Mahamud
Kulai, Johor

Bahan-bahan:
Daging, gula pasir dan air

Cara membuatnya:
1. Lumur gula pasir pada tapak tangan.
2. Kemudian bilas dengan air bersih.



BUAH SEGAR TAHAN LAMA


Buah-buahan memang cepat bertindak balas dengan suhu persekitaran kerana strukturnya yang lembut. Namun tentu ada caranya untuk mengelakkan masalah ini dari dibiarkan memberi kesan pada tubuh. Ikuti petua ini dan ketahui hasilnya. Selamat Mencuba.

Kiriman: 
Jurina Mustapar
Kuantan, Pahang.

Bahan-bahan:
Buah-buahan, air, garam dan cuka

Cara membuatnya:
1. Belah buah epal kecil dan rendam di dalam air.
2. Masukkan satu sudu makan cuka dan biarkan seketika. 
3. Masukkan sedikit garam.



CUCUR LEBIH LEMBUT


Jemput-jemput atau cucur memang enak dijamah di petang hari. Keenakkan petang hari tambah enak jika cucur yang disajikan enak rasanya dan membuka selera semua orang. Petua melembutkan cucur ini sememangnya patut anda cuba.

Kiriman:
Rohana Sulong
Muar, Johor

Bahan-bahan:
Nasi sejuk, doh cucur dan air

Cara membuatnya:
1. Bancuh cucur dengan sedikit air dan kacau sebati. Ketepikan.
2. Masukkan nasi ke dalam pengisar.
3. Tuangkan air dan kisar hingga lumat.
4. Tuangkan adunan ke dalam bancuhan doh.
5. Gaulkan adunan rata dan sedia digoreng.



SEDAPKAN AYAM GORENG


Ayam tambah enak dimakan jika kena cara penyediaan dan resipi yang sesuai dengannya. Menambahkan pelbagai bahan semakin menyedapkan rasa ayam goreng. Cuba ikuti petua ini dan rasakan keenakkan rasa sebenar ayam goreng.

Kiriman:
Wan Saudah Wan Salleh
Dengkil, Selangor

Bahan-bahan:
Limau nipis, ayam dan kunyit dan garam

Cara membuatnya:
1. Masukkan serbuk kunyit dan gaulkan rata.
2. Perasakan dengan garam secukupnya.
3. Perahkan jus limau nipis.
4. Gaul ratakan ayam rata dan sedia digoreng.



MEMASTIKAN TELUR MASAK


Ketika merebus telur ayam, ramai yang keliru dan tidak tahu samada telur sudah cukup masak atau belum waktunya untuk diangkat. Tip dan petua ini tentunya menambah pengetahuan anda. Selamat mencuba. 

Kiriman: 
Halipah Sulaiman
Kuala Kangsar, Perak.

Bahan-bahan:
Telur ayam, air & beras

Cara membuatnya:
1. Didihkan telur di dalam periuk.
2. Masukkan beras.
3. Apabila nasi masak tutup api dan sejukkan.


Sunday, May 1, 2011

Membentuk Anak Berbudi Bahasa


Anak-anak sememangnya sangat dekat dengan fitrah kejadian manusia yang sangat positif. Tiada sebarang keraguan kecuali pengaruh sekeliling yang membentuk pengaruh itu.

Contoh yang paling mudah, kita sering menakutkan anak-anak dengan lipas, cicak gelap dan pelbagai lagi. Sehingga mereka membentuk rasa takut kepada sesuatu dan mula timbul keraguan. Di sini, sifat negatif mula berakar di dalam hidup mereka. Amatlah besar peranan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak sehingga ke sebesar-besar perkara sehinggalah kepada perkara yang remeh yang kita anggap tidak akan membawa apa-apa impak dan kesan kepada anak-anak kita. Di situlah mungkin kita terlepas pandang dan apabila tersedar perkara tersebut telah menjadi barah yang sukar untuk dipulihkan.

Begitu jugalah untuk membentuk anak menjadi orang yang berbudi bahasa dan tingkah lakunya sedap dipandang mata. Perkara yang menjadi keutama an dalam usaha ini ialah, mencipta suasana sekeliling yang solehah dan penuh dengan kesantunan. Di rumah, anak-anak ini perlu dibiasakan untuk meng ucapkan terima kasih, tumpang lalu, minta maaf dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang positif. Sedari kecil perkara ini perlu dititipkan.

Contohnya apabila meminta anak mengambilkan barang, mulakan dengan perkataan tolong. Begitu juga ucapan terima kasih sete lah permintaan tersebut ditunaikan. Ucapan-ucapan yang positif ini akan membina suasana yang positif di dalam rumah dan membentuk emosi dan peribadi yang positif .

Peri pentingnya, perkataan yang kecil dalam membentuk emosi yang stabil dan karakter yang baik. Ini kerana, apabila kanak-kanak ini sudah terbiasa menggunakan perkataan-perkataan ini di rumah mereka juga akan mempraktikkannya di luar rumah.

Belajar Meniru
Kebiasaannya manusia menyukakan sesuatu yang baik dan cantik. Justeru peribadi yang baik ini membantu anak untuk mendapat kawan-kawan yang baik juga di luar rumah. Akhirnya, kuasa positif tadi akan terus berkembang dan cukup kuat untuk menentang perkara-perkara negatif.

Tidak cukup dengan perkataan, budi pekerti yang baik juga perlu dipraktikkan menerusi perbuatan. Di sini, kita perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Minta izin dan membongkokkan sedikit badan untuk lalu di hadapan mereka yang lebih tua waima di hadapan suami.

Mengenakan pakaian yang sopan walaupun berada di rumah dan bersalaman sebelum keluar bekerja atau sebelum tidur dan pelbagai lagi contoh yang baik. Kanak-kanak hebat dari segi pemerhatian. Kuasa dan daya observasi mereka sangat tinggi.

Dari sini mereka akan belajar untuk meniru semua yang dilakukan oleh orang yang dekat dengan mereka. Pastikan mereka mendapat banyak contoh positif daripada kita dan cuba kurangkan kesilapan kerana ini sangat-sangat mempengaruhi pembentukan anak. Seperti juga perkataan, apabila mereka terbiasa dengan suasana yang bersopan dan berbahasa ini mereka akan dapat mempraktikkannya dengan baik.

Namun, tidak semua yang kita lakukan dan ucapkan akan dapat diikuti dengan baik kerana fi trah mereka yang ingin mencuba semua perkara. Di sini, ibu bapa perlu bercakap dengan anak-anak dengan cara lembut. Tegur kesilapan mereka dengan baik dan terangkan kenapa perlu bersikap sopan dan baik. Teguran dan peringatan yang acap kali diucapkan dan di demonstrasikan di hadapan mereka sedikit demi sedikit akan diadaptasi dengan baik malah menjadi sebati dengan jiwa mereka.

Anak-anak ini juga perlu dibawa ke tempat awam, majlis, rumah-rumah kenalan dan saudara mara. Di sini mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di rumah.


Contohnya, bagaimana untuk bercakap dengan orang yang lebih tua, yang sebaya atau yang lebih kecil. Semua ini perlu di bawah seliaan ibu bapa, jika mereka tersalah, kita tegur dengan baik. Pengalaman yang berbeza ini akan lebih mematangkan mereka untuk bersosial mengikut batasan yang ditetapkan dan sekali gus membentuk peribadi yang baik dan berbudi bahasa.