Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Friday, July 8, 2011

Burung Cenderawasih : Fakta Atau Dongeng




Sebuah mitos menyebutkan burung Cenderawasih (phoenix) adalah burung dengan bulu yang berwarna-warni dan ekor emas atau merah (atau ungu, biru, dan hijau mengikut beberapa legenda). Mitos juga menyebutkan Ia mempunyai jangka masa hidup selama 500 hingga 1,000 tahun . Dikatakan juga bahawa tangisan burung ini adalah lagu yang sangat indah.

Dalam dongengan Melayu, burung ini dikatakan tinggal di atas awan, sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar tentang burung cenderasih. Cenderawasih diceritakan sebagai burung dari syurga, makanannya hanyalah embun di awan, hidupnya di awan, hanya turun ke bumi bila hendak mati.

Pedagang burung Cenderawasih (yg diawet) merahsiakan cerita sebenar. Kehebatan digembar-gemburkan. Namun kini terdapat burung Cenderawasih yang masih hidup dijual di Malaysia dengan harga ratusan ribu ringgit. Burung cenderawasih sangat berharga samada hidup atau mati.

Namun, kehebatan sebenar burung ini ialah pada kecantikan bulunya, burung cenderawasih mempunyai bulu yang menawan. Bangkainya tidak reput, dikatakan diawet dengan cara pengasapan, satu kaedah pengawetan yang hebat. Perihal bangkai burung yang tidak reput, tidak dihairankan burung punai juga ada yang tidak reput bila mati.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana tuahnya. Burung cenderawasih digunakan sebagai pelaris. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.




Fakta Menarik tentang Burung Cenderawasih
Burung ini hidup dalam ketinggian hutan 2.200 - 3.125 meter di atas
permukaan laut. Burung ini memakan buah-buahan, biji-bijian, serangga
dan juga anak katak. Masa ia membiak adalah dari April - Ogos,
sarangnya menyerupai mangkuk yang dibuat dari lumut dan akar-akar.
Bertelur hanya satu butir.

Masih ada banyak spesies cenderawasih yang lain. Menurut catatan Pejabat
Sub Balai KSDA, Irian Jaya memiliki 26 jenis burung cenderawasih. Namun 10
spesies lainnya sangat sukar ditemui di Irian Jaya, dan hanya dapat dilihat di
negara jiran, Papua New Guinea.

Terdapat Filem yang terkenal bertajuk Bird of Paradise.

No comments:

Post a Comment