Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Tuesday, July 5, 2011

Sabar : Tidak Semudah Mewasiatkan








Sabar adalah suatu sifat mahmudah (terpuji) yang sangat tinggi nilaianya, sama ada di sisi Allah SWT mahupun di sisi manusia. Mereka yang bersabar adalah mereka yang terpuji sikap dan sifatnya. Sesungguhnya sabar adalah anugerah hasil didikan Allah ke atas hamba-hambaNya. Mereka yang bersabar pula akan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT, sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Dalam al-Quran, banyak sungguh ayat-ayat gesaan Allah menyeru manusia agar bersabar. Bentuk ayat-ayat sabar dalam al-Quran juga berbeza-beza. Ada yang berbentuk ayat suruhan, ada yang berbentuk ajakan dan ada juga yang berbentuk ayat penyata ataupun kenyataan umum.
Dalam surah al-Asr, Allah menggesa manusia beriman agar saling pesan memesan sesama mereka akan kesabaran. Firman Allah yang bermaksud (al-Asr:1-3) Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Dalam ayat ini, Allah mengajak manusia agar selalu berpesan dan memesan sesama mereka agar bersabar (dengan segala ujian Allah).
Melalui ayat 35 surah al-Ahqaf pula Allah berfirman menyuruh manusia “Maka bersabarlah kamu sebagaimana sabarnya rasul-rasul ulu al-Azm (yang menerima ujian gentir)”. Dalam ayat ini pula, Allah menegaskan bahawa Rasul-rasulNya juga menerima ujian bahkan ujian mereka lebih dahsyat dan gentir. Kerana itu, Allah menggelar mereka sebagai ulu al-Azm. Oleh yang demikian, Allah juga menggesa umatNya agar mencontohi Rasul-rasul berkenaan di dalam menghadapi segala ujian Allah dengan sabar.
Dalam ayat-ayat al-Quran yang lain pula (al-Baqarah:153, 249; al-Anfal:46, 66) Allah menyatakan (menggunakan bentuk ayat penyata) bahawa Allah bersama-sama orang yang sabar. Iaitu, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan dan rahmat serta hikmah akan diperolehi oleh orang-orang yang sabar, sama ada di dunia mahupun di akhirat.


Bahkan melalui ayat 153 surah al-Baqarah, Allah mengaitkan sifat sabar itu dimiliki oleh orang-orang yang beriman. Lalu Allah menyeru mereka (orang-orang beriman) agar sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan Allah melalui sifat sabar dan perbuatan mendirikan solat. Maksudnya, sekiranya orang beriman diberikan ujian, maka mereka sepatutnya memohon pertolongan Allah dengan melalukan solat seterusnya bersabar. Dengan kedua-dua metodologi tersebut, maka Allah menjanjikan pertolongan yang dapat difahami melalui akhir ayat tersebut “Maka Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”.
Pernah anda mendengar luahan menyatakan bahawa “menyatakan atau menyuruh orang lain bersabar itu mudah, tetapi ia tidak mudah bagi diri sendiri untuk bersabar ke atas ujian yang diterimanya”. Anda sendiri mungkin pernah meluahkan rasa tertekan terhadap sesuatu perkara lalu mereka yang mendengar keluhan anda dengan sponta menggesa anda bersabar. Kata mereka kepada anda “Sabarlah..”
Dan mungkin anda sendiri jua mudah berpesan dan menasihati rakan-rakan, adik beradik ataupun sesiapa sahaja yang meluahkan perasaan sukar agar mereka bersabar. Tidakkah anda perasan, betapa mewasiatkan kesabaran itu sangat mudah dan ringan.
Sedangkan sekiranya anda sendiri ditimpa musibah, diuji oleh Allah dengan sedikit sahaja ujian, mungkin anda menjadi mudah marah, mudah melenting dan sebagainya. Anda juga mungkin merasakan tindakan anda tersebut wajar apatah lagi sekiranya anda berada atau merasa berada di pihak yang benar. Sehingga anda sanggup menzahirkan sifat ammarah. Padahal itu sebenarnya adalah sikap seseorang yang kurang sabar.
Sesungguhnya benarlah ungkapan yang menyatakan “Sabar itu sesuatu yang mudah dan payah”. Mudah untuk diucap tetapi payah untuk dibuat. Mudah untuk menyuruh orang lain bersabar tetapi payah untuk diri sendiri bersabar.
Bagaimanapun, berpesan-pesan ke arah kesabaran itu adalah anjuran Islam. Tindakan mewasiatkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang sikap sabar itu mendatangkan pahala, sama ada kepada penasihat ataupun orang yang menerima wasiat tersebut. Pun begitu, perlulah diingati bahawa, sikap sabar itu tidak semudah yang diucapkan dan diwasiatkan. Ia adalah suatu nilai dan anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman dan terpilih.
Oleh itu, didiklah diri ke arah kesabaran. Guru  pernah berpesan “memang kita susah hendak memperolehi sifat sabar, tetapi kita boleh berusaha untuk belajar bersabar”.

No comments:

Post a Comment