Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Monday, July 4, 2011

Falsafah Semut




Falsafah semut...


Tangan kecil itu memegang sebatang ranting kayu. Ranting kayu itu ditekan-tekan ke tanah.


"Sayang buat apa?"


"Tengok semut-semut ni..banyak la ibu. Agaknya ada sarang dia dekat-dekat sini"


Si ibu duduk mencangkung bersama si anak. Mereka memerhati kerenah semut-semut. Semut-semut itu berjalan dalam satu barisan persis segerombolan askar yang sedang berkawad saja lagaknya. Si ibu kemudian mengambil sebuah bungkah kayu kecil. Dia letakkan di tengah-tengah jalan yang dilalui oleh semut-semut itu. Perjalanan askar-askar semut menjadi terhalang. Nampak seperti mereka kelam kabut sedikit.


"Kenapa ibu buat begitu?" suara si kecil itu bertanya.


"Jom kita tengok apa yang akan dilakukan oleh semut-semut itu"


Setelah beberapa ketika, askar-askar semut itu kembali berjalan dalam satu barisan seperti mula-mula tadi cuma kali ini mereka memanjat bungkah kayu yang menjadi penghalang.


"Wahhh..bijaklah semut-semut ini ye ibu?"


Sang ibu tersenyum. Dia membiarkan si kecil mengagumi kecerdikan dan kelincahan askar-askar semut tersebut. Baru pagi semalam dia terbaca satu artikel tentang falsafah semut yang ditulis oleh Jim Rohn. Hari ini bersama si kecil, dia telah melakukan satu ujikaji dan terbukti salah satu falsafah tentang semut yang ditulis oleh Jim Rohn itu betul (proven!)


"Allah Maha Bijaksana! Setiap yang dijadikan-Nya tidak sia-sia. Sedangkan pada seekor binatang sekecil semut itupun manusia boleh mengambil pengajaran." hati si ibu berkata-kata.


Dia cuba mengingat kembali falsafah tentang semut yang dibacanya...


Falsafah 1 - ants never quit
 
Biarpun perjalanan dihalang atau disekat, mereka akan mencari jalan lain untuk meneruskan matlamat mereka. Mereka akan memanjat, menyusup atau apa saja. Pendek kata mereka akan mencari jalan alternatif yang boleh membawa mereka sampai ke tempat yang dituju.

Manusia perlu mengikuti contoh semangat semut yang ini. Jangan mudah berputus asa jika terdapat halangan dan masalah yang terpaksa ditempuhi dalam perjalanan kita untuk mencapai matlamat. Cari jalan dan di sana insyaAllah kita akan menemui satu atau dua alternatif yang boleh kita pilih…(never quit!)


Falsafah 2 - ants think winter all summer
 
Semut-semut cerdik berfikir bahawa musim panas tidak akan berpanjangan…akan tiba juga musim sejuk. Justeru mereka berkerja keras mengumpul makanan sebanyak mungkin buat persediaan untuk musim dingin.

Manusia perlu memikir jauh ke depan.. (think ahead!)


Falsafah 3 - ants think summer all winter

Ketika musim sejuk, semut-semut mengingatkan diri mereka sendiri bahawa musim sejuk ini akan berakhir juga dan mereka akan keluar semula mencari makanan. Apabila merasakan suhu agak panas, semut-semut akan segera keluar walaupun sebenarnya musim sejuk belum berakhir. Mereka akan kembali masuk ke sarang apabila suhu dirasakan sejuk dan keluar apabila suhu dirasakan panas. Mereka tidak pernah membuang masa.

Manusia perlu menghargai masa dan perlu berfikiran positif walaupun dalam situasi yang negatif..( stay positive!)


Falsafah 4 - all-that-you-possibly-can
 
Semut akan mengumpul makanan sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk musim sejuk.

Manusia juga perlu berbuat demikian. Maksimakan tindakan selagi terdaya…(do all you can!)

 
In a nutshell
 
Secara ringkas, empat falsafah semut yang boleh diguna pakai oleh manusia…
  1. never give up
  2. look ahead
  3. stay positive
  4. do all you can

 
"Ibu, semut bijakkan?" pertanyaan si kecil itu mengejutkan mindanya yang sedang ligat berfikir tentang falsafah semut.


"Ya, dan kita pun kena jadi bijak macam semut-semut itu"


 
Dia memimpin tangan si kecil. Mereka berjalan perlahan-lahan sambil mata masih melerek ke arah askar-askar semut yang tidak bosan-bosan berkawad mencari makanan.

No comments:

Post a Comment