Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Friday, June 17, 2011

4 Sebab Utama Yang Membezakan Nasib Di Akhirat







Adapun empat sebab utama yang membezakan nasib mereka di akhirat nanti, walaupun ketika di dunia bersama sama, ialah:

MEMFITNAH DIRI SENDIRI: 

Mereka memfitnah diri mereka sendiri maksudnya: Mereka munafik dan gemar berpura pura ketika beramal. Walaupun mereka melakukan banyak amal soleh tetapi mereka masih bergelimang dosa. Masih suka menuruti kehendak hawa nafsu. Terlalu berleluasa mengejar kelezatan dunia sehingga tidak kira darimana sumbernya. Sudah tidak lagi memikirkan tentang mana yang halal dan mana yang haram. Pokoknya boleh hidup mewah dan senang lenang mengatasi orang lain. 

MENANGGUH-NANGGUH: 

Iaitu suka menangguh nangguhkan taubat. Ingin terus enjoy dan menikmati masa muda dan bersikap nanti saja tobat bila umur sudah lanjut. Mereka golongan yang suka menangguh nangguhkan amal soleh kerana terus menyibukkan diri dengan hal hal keduniaan. Dan ada pula yang menafsirkan: Kamu tertunggu tunggu masa yang tepat untuk menghancurkan orang-orang yang beriman. 

RAGU-RAGU: 

Iaitu kamu ragu ragu akan adanya hari berbangkit setelah kematian. Kamu ragu ragu akan kebenaran ajaran Allah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Walaupun berikrar dengan Dua Kalimah Syahadat tetapi dalam pelaksanaannya kamu masih lagi mengutamakan undang undang buatan manusia daripada undang undang Allah, kamu masih lagi mengutamakan pandangan dan pendapat manusia biasa dan ketepikan firman Allah dan Sunah Rasul-Nya. Malahan tidak jarang pula kamu memperleceh Sunnah Rasu saw dan beranggapan terhadap orang orang yang mencoba untuk menghidupkan dan mengikuti Sunnah Rasul sebagai ketinggalan zaman. 

TERPEDAYA OLEH ANGAN-ANGAN KOSONG.

Iaitu kamu mengira bahawa Allah SWT kelak di akhirat pasti akan mengampuni dosa dosa kamu. Perkiraan itu hanya atas dasar kerana kamu beragama Islam padahal dalam kenyataannya amal salih tidak kamu dipertingkat malahan maksiat masih banyak kamu lakukan. Hidup penuh dengan khayalan kononnya kelak Allah swt pasti akan memberinya keampunan. Mereka tetap dalam keadaan demikian sehinggalah datang ajal mereka. Dan menurut Imam Qatadah: Maksud ucapan orang-orang beriman kepada orang-orang munafiq diatas ialah:
"Sesungguhnya kamu bersama kami di dunia hanyalah dengan jasad saja, bukan dengan hati dan niat. Kamu berbuat baik bersama kami hanya ingin melepas batuk ditangga, kamu tidak ikhlas ketika beramal, kamu beramal hanya didorong oleh kepentingan pribadimu, menunjuk nunjuk dan riak". Pada Hari Kiamat nanti tidak akan diterima tebusan agar boleh terlepas daripada azab Allah walaupun kita dapat mengadakan tebusan dalam bentuk emas sebesar bumi. Tempat kembali orang-orang kafir dan orang-orang munafiq adalah neraka. Disanalah tempat mereka berteduh. Wal'iyadzu Billah.



No comments:

Post a Comment