Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Saturday, June 18, 2011

Kisah Langit Dan Bumi



Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj 
adalah kerana
 bumi merasa bangga dengan langit. 

Berkata dia kepada langit, 

"Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah 
S.W.T. 
telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai 
negara, 
beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman,
 beberapa 
gunung dan lain-lain."

Berkata langit, 

"Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana 
matahari, 
bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 
'arasy, kursi
 dan syurga ada padaku."

Berkata bumi, 

"Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi
 dan 
untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para 
wali 
dan solihin (orang-orang yang baik)."

Bumi berkata lagi, 

"Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan 
utusan
 bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih 
Allah 
seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang
 wujud
 serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna
 itu 
tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya
 juga
 di tempatku."

Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi 
berkata 
demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap 
Allah S.W.T dengan berkata, 

"Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan 
orang 
yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada 
Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh 
itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad 
Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku 
menjadi
 mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, 
kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada 
Jibrail A.S
 pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau 
(Jibrail)
 bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan
 engkau
 mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail A.S. bertanya,

" Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah S.W.T berfirman, maksudnya, 

"Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga
 dan 
ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad 
dengan
 buraq itu."

Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 
buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan 
di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad.
 Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang
 pada 
seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air 
matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu 
bertanya,
 "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

Berkata buraq, 

"Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama 
Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu
 telah 
tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi 
rindu 
kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi.
 Aku
 laksana dibakar oleh api kerinduan."

Berkata Jibrail A.S.,

"Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang
 engkau rindukan itu."

Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang 
kepada buraq itu dan membawanya kepada 
Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu'alam.

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa 
Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.



No comments:

Post a Comment