Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Wednesday, June 22, 2011

Umur Semakin Meningkat






Dengan adanya anak-anak, kita mudah terasa fizikal kita semakin tua. Umur yang disebut-sebut itu adalah umur fizikal. Umur fizikal dikira sebagai meningkat dari hari ke hari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun dan seterusnya. Adapun umur metafizik, umur rohani yang di luar daripada fizikal itu tidak meningkat, tidak juga mengenal tua. Sebab itulah, ada orang walaupun mencecah umur 70an, 80an, masih ada perasaan untuk berkahwin. Masih bernafsu.
Cuma, berbezanya adalah, fizikal yang sudah tidak mampu lagi. Akhirnya mereka menjadikan alasan berkahwin kerana kesunyian, kerana bosan dan sebagainya. Padahal, nafsu memang selalu ada, rohnya tidak tua, cuma yang tidak terdaya hanyalah fizikal sahaja.
Begitu juga, sekiranya pada usia muda kita mampu menaiki tangga dengan “speed” yang begitu pantas. Nafas tidak tersekat-sekat. Pada usia fizikal yang sudah tua pun, perasaan “mampu” menaiki tangga itu masih ada. Cuma apabila digagahkan kaki menaikinya, barulah terasa betapa fizikal sudah tidak mampu. Ikutkan nafsu dan perasaan, rasa macam mampu sahaja!
Begitu juga perihal makan, minum dan segala perkara yang ada kaitan dengan nafsu, fizikal dan umur.
Ambillah apa sahaja untuk dibuat alat ujikaji, nescaya natijah tetap sama, umur fizikal sahaja meningkat, tetapi tidak umur rohani.
Di akhirat, manusia akan dibangkitkan semula dengan perasaan yang sama, cuma keadaan yang berbeza. Sama ada dalam nikmat dapat mereka mengecapi nikmat-nikmat dengan lazatnya. Sekiranya dalam azab, mereka akan merasai azab siksaan yang sangat dahsyat. Jika di dalam nikmat, tidak ada erti fizikal sudah tidak mampu lagi menahan perasaan kenyang, perasaan mengantuk dan lain-lain.
Begitulah sebaliknya, bagi ahli neraka yang dihidangkan dengan azab, mereka tidak akan berjumpa dengan fizikal yang tua, fizikal yang tidak bermaya, fizikal yang akan menemui mati walau betapa azab yang terpaksa dirasai.
Bagi kedua-dua keadaan, sama ada dalam nikmat atau azab, fizikal tidak akan menua. Dalam keadaan nikmat, tubuh badan yang tegap, sasa, bertenaga, bernafsu dan segar bugar akan berupaya menikmati nikmat-nikmat Syurga yang tidak berkesudahan. Sebaliknya, begitu juga, dalam keadaan azab, badan yang gagah, sasa, bertenaga, bernafsu dan segar bugar akan dihidangkan dengan azab-azab yang amat pedih untuk dirasai sebagai balasan buruk pekerjaan di dunia yang tidak endahkan perintah Allah SWT.
Di dunia, orang miskin, walaupun ada nafsu yang berbuak-buak untuk menikmati makanan, minuman yang lazat-lazat, mengenakan pakaian dan wangian yang menarik perhatian tetapi mereka tidak mampu kerana ujian kemiskinan. Tetapi, mereka akan tua dan mati. Akhirnya akan berakhirnya kemiskinan fizikal mereka itu. Begitulah juga sebaliknya dengan si kaya. Betapa dapat menikmati nikmat-nikmat, akhirnya akan mati jua. Ataupun sebelum mati lagi, Allah dah tarik nikmat-nikmat sedikit demi sedikit. Ada orang kata, duit banyak pun tak guna kalau ada penyakit.
Nafsu manusia di dunia ini sama, cuma fizikal sahaja yang berbeza. Cuma, di dunia ini tempat ujian sahaja. Walau dalam apa keadaan sekalipun, orang beriman tetap beruntung sebagaimana sabda Nabi yang mengungkapkan rasa takjut kepada keaadan mereka “Sekiranya mereka mendapat nikmat, mereka bersyukur lalu dapat kebaikan, dan sekiranya mereka mendapat musibah lalu mereka sabar, juga mereka akan dapat kebaikan”.
Fizikal manusia di dunia ini akan tua, akan menemui ajalnya. Sementara di akhirat, fizikal manusia tidak akan lagi mengenal umurnya. Tidak ada istilah umur tua di akhirat. Kerana umur fizikal sudah tidak meningkat, seperti mana umur rohani juga tidak meningkat.

No comments:

Post a Comment