Time Now

nuffnang

Salam

nuffnang

Relax Yr Eyes

Baca lah Al-Quran

Listen to Quran
Terjemahan Melayu - Klik sini

Radio / TV Malaysia

Assalamualaikom

Friday, June 17, 2011

Harapan Seorang Ibu/Emak/Mama





Ibu mana yang tak gembira..!!

Jika anak yang beliau kandung 9 bulan dibawa kehulu kehilir membesar didepan mata dan berjaya menjadi anak yang baik dan sanggup menjaga beliau  dikala beliau sudah tidak berupaya.

Ibu mana yang tak gembira..!!

Jika anak yang beliau besarkan dengan penuh kasih sayang.. tidak sesekali melupakan beliau dan sentiasa ingat pada beliau.
Ibu mana yang tak gembira..!!

Jika anak yang beliau beri makan dan pakai sehingga dewasa sanggup menghiburkanya tidak kira dalam apa juga situasi sekali pun.

* Gembirakan ibu anda selagi ia masih ada.. kerana sekali anda menghiburkan beliau.. rahmat kepada anda berlipat kali ganda dan berkat hidup didunia sentiasa dilindungi Allah.

Ibu mana yang tidak suka..!!

Melihat anaknya berjaya dimenara gading dan punya kerjaya yang tersendiri sambil sesekali tidak melupakan asal usulnya.

Ibu mana yang tidak suka..!!

Melihat anak yang beliau didik dan ajar sejak bayi kini menjadi seorang yang berguna dan hormat pada orang tua.

Ibu mana yang tidak suka..!!

Melihat anak yang beliau besarkan dengan kuat yang menjaga maruah keluarga sehingga akhir hayatnya.


* Sukanya ibu anda disebabkan anda adalah lebih bermakna dari menyukai seseorang.


Ibu mana yang tak sedih..!!

Anak yang beliau harapkan tak boleh harap..!!

Ibu mana yang tak sedih..!!

Apabila anak yang beliau tatang bak minyak yang penuh melupakan ibunya dikala senang.

Ibu mana yang tak sedih..!!
Menderita kesakitan dikala beliau memerlukan bantuan dari anak-anaknya.

*Semoga hari ibu bakal tiba akan menyedarkan kita akan pentingnya ibu dimata dan hati kita.. tanpa ibu siapalah kita.. tanpa ibu dimanakah kita hari ini.. tanpa ibu kita tak munkin hidup sempurna begini..

Jangan sesekali lupakan ibu kita.. kerana ibu kita tidak pernah sesaat pun melupai kita.. jangan sesekali menyakiti hati ibu kita kerana tidak pernah secebis kuman pun ibu kita membenci kita..

Susah senng ibu kita hanya untuk besarkan kita.. suka, duka kehidupan beliau hanya untuk kita.. tidak akan ada pengganti lain didunia sebaik ibu kita.

http://daddu.net/wp-content/uploads/2009/10/mother3.jpg

No comments:

Post a Comment